aku kena tagged

Thursday, November 27, 2008

menjawab inquires tagged dari sheeda de, tagged gambar terkini di office, muke aku kembang sejambak , macam pingan nasi gondang hehe.
 
posted by Taqi at 11:20 PM, | 0 comments

nasihat si opah

Tuesday, November 18, 2008
Antara rutin , balik ke kampung ialah menjenguk opah aku di kmpg. Opah belah mak aku yg masih ada, so sementara dia ada ni, selalu gak aku jengok dia.

Rumah opah aku terletak di kmpg dew, blkg rumah ada bendang yg luas. Aku ingat waktu kecil bila air naik sampai ke peha, byk ikan sepat rongeng berkeliaran, mmg byk betul , heaven dgn ikan darat.masa tu besh kejar ikan.....

Cuma dulo aku tk makan ikan darat ni tapi bila merantau gemor benar aku mkn ikan keli .

di depan umah opah aku dulo ada kilang padi, disitu tempat aku bermain , main achi ligan, lari tak ingat punya.

antara permainan lain , main tebas pokok keladi , abis aku tebas pokok keladi yg di tanam oleh opah aku.

permainan yg paling aku suka ialah main kahwin2....aku jadi pengantin laki2, sepupu pompuan aku jadi pengantin pompuan, haha skrg sepupu aku tu dah kahwin anak dah dua.

bercerita tentang kahwin ni, bila aku jenguk opah aku tu, antara soalan cepu emas , hang ni bila nak kahwin? takada makwe kaa...aku kata solow molow,takada siapa yg nak

ianya di hangat lagi bila sepupu aku , laki2 umo 28 akan kahwin 3 minggu lagi,
dia sama sunat dgn aku, aku bersunat darjah 6, dia darjah 4.

so opah aku kasi tip yg mahal , ala din ...hang tiru mcm citer melayu.... bawak beg ...then tiba2 terlanggar awek....then kutip beg @ buku itu, maka terciptalah cinta yg kekal abadi.

besok aku try..........sapa le mangsa aku ni hehe.....
 
posted by Taqi at 7:39 AM, | 4 comments

kelas bahasa arab

Monday, November 17, 2008
Bagi mereka yg berminat untuk belajar bahasa arab. kelas tersebut setiap rabu 8:00 malam - 10:00 malam di CR1002, First Floor.FOM

Semoga dgn pembelajaran bahasa arab dpt mendalami bahasa syurga.Amin
 
posted by Taqi at 6:58 PM, | 0 comments

sabtu yg lein

hari sabtu lps. lain dari yg lain.
Biasanya ari sabtu aku basuh baju..tido..keluar mkn...tgk wyg or karaoke di alamanda.
maksudnya pengerakan di hari sabtu di sekitar cyber,putra,sk @ serdang.
disekitar 30 km radius hahaha.


Tapi sabtu lps, entah camana aku pergi berjaya time squares , lps mkn kenny rogers then beratur lah nak beli ticket wyg madagascar.
first time beratur ticket tinggal 11 seat, ,mesti seat kat dpn ni.(hampeh btoi)
4:0o ptg beratur lagi sekali, dgn harapan seat khas yg sudah dibooking ,buka untuk dibeli.
tapi belum buka,....aideyyy mencabar betul.....beratur lagi....blom buka lagi...lps merayu ngan awek jual ticket tu so akhirnya aku dpt beli ticket 3 dr blkg yahooo.

mmg besh citer madagascar.....tak rugi tgk oooo.....aku balik ngan senyuman....walaupun btapak naik monorel dan star lrt.
 
posted by Taqi at 12:23 AM, | 1 comments

Begini ceritanya

Monday, November 10, 2008










Hari isnin 03/10

Hari ini ada majlis perpisahan prof seetha dan 6 org lecturer lain akan meninggalkan mmu, since prof seetha antara dean fom yang aku hurmati so sebagai pembikin majlis2 keramaian di FOM, kali ini buat special skit, so aku masukan persembahan , biasanya bila majlis perpisahan , lepas ucapan terus makan.


Abg taufiz main guitar, kak adz , mus dan aku menyanyikan lagu kau ilham ku, irama suara yang mendayu dayu dan suara harmoni mendapat tepukan gemuruh dari audience , selepas aja habis persembahan, prof seetha dtg mengucapkan terima kasih , wah masa tu aku rasa macam artis jer.


Aku hanya ambik 2 senduk nasik , 2 ketul ayam, ikan masak merah, sayur sayuran , almaklum aku dah start diet.


Hari rabu 05/10

Majlis hari lahir murad, kak raz dan aku. Pihak admin mejemput aku sebagai mc, baru aku realize aku ada bakat bercakap di hadapan org ramai. Aku sambut birthday kali ke 3 tahun ini , lepas kawan2 taqisfc di fcm café dan di opis.
Lps ucapan alu aluan , aku pun potong kek carrot, jamah skit nasik minyak , laksa , kek karrot dan buah tembikai.
Terima kasih kepada semua yang wish hari lahir untuk aku, semoga doa di berkati selalu.


Jumaat 07/10




Hari ini ada lunch farewell di penang house, prof seethe belanja , wah minggu ini rezeki meriah. Kami, abg shahrail, alim, ,mus, harith, faizul, eja, zul dan aku duduk 1 meja, kami dtg awal , sampai aja order air, aku order fresh orange, konon nak cuci lemak dlm pewot, tunggu makanan sampai, ayam masak kicap sampai dulo, then sayur campur, tomyam udang, sotong goring tepung dan ikan siakap sweet and sour, bila semua dah sampai, pergh segera makan, habis licin tanpa meninggalkan kesan.
Zohor masuk awal, kami bergegas balik, nasib baik aku sampai surau baru iqamah, kalau tidak miss jumaat.
 
posted by Taqi at 5:00 PM, | 1 comments

Mimpi Ngeri

Sunday, November 9, 2008
Semalam tidur aku terganggu, bukan ngigau pasal hantu, tapi bingung bila berat badan aku cecah 103 kg.
Lps mkn mc d semlm di SK, aku singah JJ Sk, usher racket badminton, jalan2 ternampak penimbang berat, so aku masukkan 20 cent , 3 minggu lepas aku timbang berat aku 96 kg, camana bleh naik berat sampai 103 kg.
balik2 umah emosi aku terganggu, menerima kata kata kawan yg aku mmg badak, ada yg kata aku 3 g, ada yg meyamakan aku dgn maskot digi

tapi dont worry aku ada pengalaman menurutkan berat badan sehingga 74 kg, insyaAllah semua nya akan berubah bila aku start work out hari ini


p:s since mood aku tak berapa baik so aku tak ada mood nak singkap kan apa yg berlaku minggu lepas.
 
posted by Taqi at 5:40 PM, | 0 comments

Perjalanan ke JB

Monday, November 3, 2008






Sorang demi sorang member aku kahwin, melayari bahtera rumahtangga.Mencari sakinah dan mawaadah.

Sorotan kenduri, kahwin kawan2 yg pernah aku pergi :

Rey di durian tunggal
Firdaus di telaga cina
Kalsom di kmpg tedung melaka
Tomok ngan lin di kmpg benggali
Lintau di penang dan di kmpg bahagia
Rock di bagan datuk
Ku zairul di kmpg sungai petai, changkat jering
Ain di gombak
Keh di seremban
Mus di gombak
Bubs di puchong
Edan di seremban

Yang aku tak sempat pergi kerana komitment berkerja hari ahad, sowiy my prend.




Naza di batu pahat
Izan di melaka.

Yg ini dr geng e rongeng, actually byk lagi kenduri yg aku pergi.


So ari sabtu 1/11 kami berempat 4 musketeer (4ku, muktar,darn ngan aku) berangkat ke skudai untuk majlis pkahwinan gaban , plan pukul 8 bergerak tp ada geng ada lambat siap, 8 :45 baru bergerak, sebelum malam tu, aku main futsall dgn budak megajana, lps mein futsall chatting sampai 1:45 pagi.

Tapi pagi sabtu tu, aku tbangun awal, 7 00 pagi dah bangun, yorlah , excited nak turun jb , first time ooo, kalau pagi sabtu, tak bekerja mau 11:30 baru bangun.

Lps gue bangun, gue trus mesej yg lain, lps siap2 terus gi bank keluarkan duit dan tunggu 3 musketeer , kat parking bawah, tunggu punya tunggu , 20 minit keter pakku tak muncul lagi, lambatnya, gue call muktar , dah nak turun katanya , darah dah mula mendidih, nasib baik dlm 10 minit, keter 4ku muncul , pakku drive, lagi 2 org siap dah duduk kat blkg, maknanya aku kena jadi penunjuk arah.

So bertolaklah ikut arah nilai, masuk plus then singgah rnr seremban, so makan meehon goring, ayam masak merah dan pagedel , ramai nya org, ada rombongan kenduri kawin siap berkebaya dan berbaju melayu, ada rombongan team building , penuh rnr, lps mkn beehon goring, aku lapar lagi , beli lah kuih bengkang dan 1 cucuk nudget, bila nak ke meja, dorang dah cabut dah, haha.




Muktar plak jadi driver, aku masih di sebelah . muktar bawak keter ikut kelajuaan yang di benarkan , 110 km sejam, kadangkala 80 km sejam, pergh bila nak sampai, lps exist tangkak baru pukul 11 pagi, perut dah berbunyi, lapar lagi.dalam 12:30 baru sampai.
Turun aja keter, rahim horn, rupanya dia guide rombongan ,1 bas pengantin perempuan baru sampai, selang berapa langkah jumpa plak amir, adigon , dorang pun dtg, nasib baik kenai , bubuh nasik, ada makcik ceduk nasik, dia bubuh untuk nasik org diet, aku kata tambah skit makcik , lapar ni, nun jauh mencarik port utk makan bsama, ke seberang khemah mencarik meja kosong.ahkak rahim btanya ni kawan rahim ke, aah makcik , aku menjawab aah, , lps bersalam dgn mak rahim, mata aku seperti terpaku , melihat gadis pemberi bunga telur, cun siot awek bbaju biru dan hijau tu, yg biru mcm adik, yg ijau lagi comey, ini mesti saudare gaban, bila mata melirik , membuah kan senyuman yg manis…..mula perasan sendiri

Di kala muktar meunggu giliran untuk karaoke, deejay megumumkan ketibaan mampelai pegantin…so aku dan pakku bergegas di simpang menunggu rombongan pengantin tiba, cantik pasangan pengantin berbaju hijau pucuk daun pisang, dari jauh gaban tersengeh riang, kompang pun di palukan , sesedap halwa telinga,

Selepas duk senggih depan pengantin…cuaca panas…..so lepak dpn khemah karaoke …..muktar mula medendangkan sebuah lagu rock kapak….yg jrg di bawak…..ini tak boleh jadi , dengan macho nya aku ke depan…pilih lagu kenangan lama ….flybaits…dapat tepukan gemuruh (gue rasalah).

Then aku nyanyi lagu ghazal untuk rabiah, anak saudara gaban menepuk puas setelah mendengar suara aku yg merdu ini.


Jam menunjukkan pukul 4, so kita org balik ke hotel……so kalau ada permintaan aku sambung cerita…kalau tidak sampai kat sini saja……chow…….
 
posted by Taqi at 9:30 PM, | 0 comments